12 March 2011

Tahniah! Sudah jadik grandmother

Aku ada bela hamster. Hamster aku ni jantan. Aku kasi nama dia Mamat. Sebab apa? Jeng..jeng..jeng! Aku dapat stok hamster ni dari kawan aku, budak kosmet. Tak tahu la jenis baka apa. Tapi kalau gi kedai, harga yang tokey kedai jual berpuluh jugak la. Tapi aku tak tahu la kalau kat tempat lain.

Kawan baik aku pun ada bela hamster jugak. Tapi dia punya hamster betina. Nama dia Minah. Haa..elok lah tu! Mamat dengan Minah. Tapi aku nak cerita pasal benda lain sebenarnya ni haha. Alkisah..

**********
Sungguh hangat suasana malam semalam. Badan aku berpeluh-peluh kepanasan. Macam cacing kepanasan pun ada jugak. Tapi aku bukan cacing! Jam kat laptop baru menunjukkan pukul 10.15. Malam masih muda beb! Lagi-lagi malam Jumaat.Apa kene mengena dengan malam Jumaat? Mengong!

Mata aku da berpinar-pinar ngadap skrin laptop ni. Sudah lama aku mengadap skrin laptop demi menyiapkan database aku.  Berair pun ye jugak. Asyik menguap je. Sesekali aku menoleh-noleh ke sangkar Mamat dengan Minah. Aku letak dua-dua ekor ni dalam satu sangkar yang sama. Malas nak kemas banyak-banyak sangkar.


Tiba-tiba.. Aku terpandang akan sesuatu yang pelik berwarna coklat-kemerahan kat sangkar dorang tu. Aku try gosok-gosok mata aku banyak kali. Kot-kot apa yang aku nampak hanyalah khayalan semata-mata seorang pengantok yang da mamai macam aku ni ke. Aku gosok lagi mata aku. Benda tu bergerak rupanya!

"Waaaa! Kak Uda.. Apa tu yang kat sangkar dorang tu?", terus segar bugar mata aku.

"Eii..takut! Apa tu Dik?", sambil geli-geleman.

"Eh! Minah da beranak la. Bila masa dia beranak ni? Eii.. Baby dia ke ni? Tak cukup bulan ke apa ni?", bertubi-tubi soalan aku.

Aku teringat yang bapak hamster dengan baby hamster kene pisahkan. Cepat-cepat aku keluarkan si Mamat sebelum anak beliau menjadi santapan paling lazat di bumi beliau haha.

Da siap keluarkan si Mamat.. Aku  masukkan dalam sangkar lain. Cepat-cepat aku call tuan punya stok hamster ni.

Aku : Yanyan! Minah da beranak da!
Yan : Yeke? Bape ekor?
Aku : Sekor je anak dia Yanyan. Nak buat macam mana ni? Takut!
Yan : Ko letak anak dia kat atas tisu je.

Tiba-tiba aku teringat satu entri kat blog sape ntah. Dia citer pasal baby hamster. Kita tak boleh pegang. Nati mak dia tak nak jaga. Sebab nati ada bau tangan kita. Dia ingat nati tu bukan anak dia plak.

Aku : Tapi aku tak berani nak pegang. Nati Minah tak nak jaga anak dia.
Yan : Tu la pasal. Tak pe.. Biar je kat dalam sangkar. Yang penting tak dek semut.
Aku : Tak pe ke Yanyan biar macam tu je?
Yan : Tak pe kot. Eh! Minah nak tak jaga anak dia? Sebab aku takut jadik macam Tama je. 

Tama tu nama hamster jugak. Dia segenerasi dengan Mamat dan Minah. Tama ni dulu kes dia.. Dia tak nak jaga anak dia. Apesal ntah!

Memula aku musykil dengan Minah ni. Bukan apa, da beranak pun ganas nye makin menjadik-jadik plak. Nak dibandingkan dengan Mamat, Minah nih lagi ganas. Kadang-kadang aku rasa dorang nih macam dah bertukar plak haha.

Aku tengok dia macam tak kesah je dengan anak dia. Geram betul aku. Kalau lah aku boleh bercakap dengan Minah ni.. "Minah! Sila jaga anak engko!" haha.

Kejap-kejap aku toleh kat sangkar Minah. Tak boleh fokus nak buat kerja. Aku carik mana baby tadi. Rupa-rupanya dia tengah menyusu dengan Minah. Lega la sikit. Minah macam take care kat baby dia. Tapi kadang-kadang meragukan juga ish!


Agak-agak aku rasa macam da ok je, nampak Minah macam nak jaga anak dia, aku pun bersedia nak lelapkan mata aku yang da berpinar gila ni. Boleh tido dengan aman tanpa perlu risau pasal Minah dengan baby dia.

Tapi bila aku bangun pagi tadi, tengok-tengok anak dia da terkeluar dari sangkar. Apa yang ko dah buat ni Minah? Nasib baik anak dia tak mati kesejukan. Nasib baik jugak lah tak dek semut. Kang kempunan tak sempat tengok baby tu membesar.


Selo-selo aku angkat pakai tisu. Kalau boleh tak nak tersentuh pun baby tu dengan tangan aku. Nanti melekat pulak bau manusia ni kat baby Minah. Memula aku letak je dalam sangkar. Tapi bila tengok Minah nih ganas, main langgar je anak dia, aku pun letak la baby tuh dalam bekas.


Aku letak baby tu dalam jamban hamster. Bekas tempat dorang buang air. Tapi aku tak letak la bathing sand kat situ. Aku letak sikit-sikit serbuk kayu sekali. Buat lapik je. Kot-kot dia sejuk ke. Ahaks!


Si Minah nih da macam meroyan pun ada. Panjat sana.. Panjat sini. Tak boleh duduk diam. Anak dia terbiar je dalam bekas tu. Sob..sob..sob!

Apa je yang aku boleh buat? Wait and see je la.

p/s :
Boleh ke aku dengan kawan aku menjadi nenek kepada baby hamster ni? Kah kah kah!

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment