30 March 2011

Selamat hari lahir ayah

Salam kepada pembaca semua.

Hari ni cuaca sangat baik. Dia tak moody sangat.. and dia tak dingin sangat. Biasa-biasa je. Rasa macam nak kuar jenjalan pun ada. Tapi apa boleh buat. Tesis kene siapkan dulu. Ok!

Entri ni khas untuk ayah. Hari ni hari lahir ayah. Lepas alarm handset aku memekak pagi tadi, terus aku bukak blog. Hehe.

Hari ni ulang tahun kelahiran ayah yang ke bape hah? Ayah lahir tahun 1955. Hasil tambah tolak darab bahagi.. Umur ayah sekarang 56 tahun. Tua dah! Tapi ayah tetap cergas macam orang muda.

Lepas alarm handset memekak, aku terus hantar mesej kat ayah..

"Salam ayah. Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-56. Semoga ayah sentiasa panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh-Nya. Semoga ayah juga sentiasa gembira disamping keluarga tersayang. Amin~"


Sebelum-sebelum ini, setiap kali hari lahir ayah.. Aku dengan mak aku da siap plan da nak belikan apa untuk ayah sebagai hadiah hari lahir. Selalu kitorang beli benda-benda yang selalu ayah guna. Tak kesah la guna untuk apa pun.

Tapi untuk yang ni, aku tak berkesempatan. Sebab nya.. Aku masih berada di kolej. Memang tersangat-sangat bizi. Dengan due date nak hantar salinan viva lagi. Rasa macam tak cukup masa. Biasanya macam tu la. 24 jam rasa macam tak cukup. Ish ish ish!

Tak pe la mak. KIV dulu ye hadiah untuk ayah. Nati kita carik sama-sama bila balik rumah nanti :)

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment