01 April 2011

Bersama mesti mau!

Salam kepada pembaca semua.

Aku rasa macam aku daftar satu subjek je untuk semester 2 tahun akhir ni. Ape taknya, pagi, petang, siang, malam hidup aku dihabiskan hanya untuk tesis. Ok! Tipu je! Yang pastinya, masa aku banyak dihabiskan untuk subjek Latihan Ilmiah ni la.

Da nak hujung-hujung semester ni, asyik fikir projek je. Da tak hirau da dekat subjek lain. Study week dah nak dekat da. Tapi tesis jugak yang jadik keutamaan. Nasib baik semester ni sikit je jam kredit. Jarak antara satu paper dengan paper yang lain pun ok la. Tak dek la paper sampai berderet-deret macam semester lepas.

Sepanjang aku menyiapkan penulisan, sambil tangan ketuk-ketuk keyboard untuk menaip.. Aku suka dengar satu lagu nih. Lirik dia pun macam bagi semangat jugak la. Tapi aku tak tahu korang suke ke tak. Lain orang, lain lah citarasa dia.

**********
yang ku mahu hanyalah kamu
bersama mu selalu

walau jauh kau menjelajah alam semesta
ku tahu jawapannya
walau apa jua rintangan yang melanda
kita sudah siap sedia

luahkanlah isi hati mu
agar kita bersama
kuatkanlah pendirian
bila kita hadapi dunia

korus :

yang ku mahu hanyalah kamu
bersama mu selalu
jauh jelajah kau kelana
kita kan tetap bersama

bila lidah hakimi ketika berbicara
engkau tak perlu gusar
ku kenali warna hatimu yang sebenar
tak usah pura-pura

cekalkanlah isi hati mu
hadapi dugaannya
kuatkanlah pendirian
agar dunia milik kita bersama

bersama mesti mau

+ pesawat - mesti mau +
**********

Mesti ada dari kalangan korang yang pernah dengar lagu ni kan? Ala.. lagu iklan twisties kat tibi tu la.. Twisties mesti mau! Hehe.

Bagi aku, lirik dia sangat bermakna. Apa yang aku nak sekarang ni ialah, aku nak konvo sama-sama dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Especially kawan-kawan yang rapat. Yang sentiasa ada samada suka atau duka. Kalau meroyan tuh, sama-sama. Kalau meraung pun sama-sama jugak. 

Kepada kawan-kawan semua.. Good luck and all the best in your future undertaking!

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

Post a Comment