16 March 2011

Orang Jepun sendiri tak kalut

Pagi tadi rasa tak semangat nak gi kelas. Mungkin sebab ada satu kelas je. nasib baik la kelas pagi. kalau petang memang aku takkan datang punya lah. Walaupun tak berniat, tapi kebarangkalian tak nak pergi tetap ada haha.

Kat sini aku nak puji sikap bagi sesetengah rakyat Malaysia ni yang sangat mengambil berat akan isu-isu semasa. Lebih-lebih lagi isu terbaru pasal gempa bumi dan tsunami yang berlaku kat negara matahari terbit sana tu.. Jepun. Nak-nak isu yang melibatkan reaktor pulak tu.

Kenapa bila sebut nuklear sahaja, orang akan berasa takut? Sebab di awal permulaan penggunaannya, nuklear telah digunakan sebagai tenaga pemusnah. Seperti yang telah berlaku kat Hiroshima dan Nagasaki. 


Tapi korang sedar tak? Kat negara kita sendiri ni pun ada isu yang terbaru jugak.Virus H1N1 kembali menular. Lepas tu pulak kita dikejutkan lagi dengan virus terbaru.. Adenovirus. Mana dia dapat nama tu, aku pun tak tahu. 


adenovirus treatment - source : pakcik google
Lepas tu pulak hari-hari ada orang mati sebab kemalangan jalan raya. Kemalangan jalan raya di negara kita ni semakin meningkat tahu tak? Aku pun baru tahu sebenarnya. Lecterur aku citer time kelas dia tadi.

Masa aku tengah view aku nye wall pesbuk, aku terjumpa satu status ni. Agak menarik jugak bagi aku. Berkobar-kobar member ni nak gi Jepun tengok reaktor kat sana. Aku pun nak gi jugak!


"A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4:30 AM today. If it rains tomorrow or later, don't go outside. If you are outside, be sure that you have rain protectors. It's acid rain. Don't let it touch you. You may burn your skin, lose your hair or have cancer. This applies to all Asian countries. Please pass, stay safe and remind everyone you know"

Tiba-tiba je dalam kelas tadi lecturer aku tanya, 

"You guys ada dapat tak mesej yang orang forward-forward tu pasal nuclear reactor?" 

Ada la dua tiga suara yang jawab ya dan ada jugak yang jawab tak. Tapi aku memang tak dek dapat mesej macam tu. Aku tahu pun sebab member-member kat pesbuk buat status pasal tu.

Dengan rasa macam tak boleh terima kenyataan pasal hal reaktor kat Jepun tu, lecturer aku pun start bercerita..

**********
Aku panggil reaktor je la eh. Senang nak bercerita. Nuclear power plant tu macam panjang sangat nak sebut. Sebenarnya, reaktor kat Jepun tu, memang dah di'design' oleh engineer dorang supaya sensitif terhadap gegaran.. Lagi-lagi gegaran yang disebabkan oleh gempa bumi ni. 

Bila berlaku gegaran yang melebihi tahap yang telah engineer dorang tetapkan, reaktor dorang akan secara automatiknya shut down sendiri. Lepas tu pulak, jenis reaktor yang dorang guna kat sana tu jenis yang Boiling Water Reactor (BWR). 

Untuk reaktor jenis ni, control rod dia lain sikit. Dia letak kat bawah. Tindak balas berantai berlaku bila kita tarik control rod. Kalau reaktor yang biasa, control rod dia kat atas. Bila kita naikkan control rod, baru berlaku tindak balas berantai. 

Bila reaktor dorang da shut down secara automatik tadi, masalah utama yang dorang hadapi ialah masalah haba atau stim yang ada dalam reaktor tu. Dorang kene keluarkan haba dalam tu. Tekanan pulak semakin tinggi. Dorang terpakasa bebaskan haba dalam tu untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk lagi.


Bila dorang lepaskan haba yang da bercampur dengan stim yang da bercampur dengan tekanan semua, berlaku pulak tindak balas antara oksigen dengan hidrogen kat udara. Sebab tu lah reaktor tuh meletup. Tapi sebelah atas containment saja. Part yang sebelah dalam tak dek apa-apa pun. 

Memang debu-debu yang tersebar tu mengandungi bahan radioaktif. Iodin dengan Cesium. Tapi kepekatan dia sangat rendah. Jumlah kepekatan pun hanya dalam beberapa mikroSv sahaja jika nak dibandingkan dengan pekerja sinaran yang menerima dos sebanyak 20 mSv/year. 

Untuk bantuan kecemasan, cuma negara-negara yang terpilih saja seperti Korea, US dan lain-lain untuk memberikan bantuan khas kat Jepun. Kenapa Malaysia tak tersenarai? Sebab kita tak dek knowledge berkaitan reaktor dan yang sewaktu dengannya.

Mereka ada kepakaran mereka yang tersendiri dalam bidang tenaga nuklear ni. Engineer-engineer dorang semua da expert-expert. Kaji dulu sesuatu benda sebelum kita nak buat spekulasi.

Begitulah kisahnya. Aku sekadar ingin berkongsi pengetahuan yang aku dapat. Terima kasih sebab membaca. 

p/s : 
Semoga kawan-kawan aku yang berada di Jepun sana terselamat dari bencana alam ini. InsyaAllah. 

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

Miecyber said...

Info terperinci mengenai Loji Nuklear..Thanks.

" Say No " Loji Nuklear Di Malaysia

nadeafu chan said...

@ Miecyber : 'say yes' to nuclear energy :)

Post a Comment