05 March 2011

Jajan masa zaman aku kecik-kecik dulu

Salam sejahtera kepada para pembaca sekalian alam!

Hari Jumaat adalah penghulu bagi segala hari. Orang laki-laki wajib gie semayang Jumaat kecuali yang musafir dan uzur syar'ie. Uzur yang disengajakan tidak diterima sebarang sebab musababnya.

Bagi cik awek macam aku, hari Jumaat adalah hari yang paling gumbira nak keluar membeli dan membelah. Apa taknya, orang laki gi semayang Jumaat. Sebenarnya tak elok membeli belah masa semayang Jumaat ni. Lagi pun time-time semayang Jumaat kedai-kedai Islam wajib ditutup bagi menghormati semayang Jumaat.

**********
Memandangkan hari ni tak dek kelas, aku dan dua orang lagi budak kosmet keluar la cuci-cuci mata kat Kajang sana. Kajang tu bukanlah sebuah bandar yang besar. Bukan juga macam pusat membeli belah atau shoping complex macam the mines mahupun mid valley. Kajang tu cumalah pekan yang terkenal saja dengan sate kajang haha.

Masa nak balik tadi aku singgah jap satu kedai. Aku suka masuk kedai ni. Mengingatkan aku kepada memori zaman kecik-kecik dulu. Aku tak sempat nak ingat nama kedai tu. Tapi dia ada tulis PEMBORONG BARANG-BARANG.. Tu je yang aku ingat.


Bila tengok kedai kat atas ni, aku teringat kedai-kedai runcit masa aku kecik-kecik dulu. Kedai runcit kat kawasan rumah aku dulu kecik je. 

Selalu peniaga-peniaga ni bukak kedai kat depan rumah dorang je. Tak pun kat tepi-tepi jalan. Macam-macam jajan yang dorang jual.


Masa kecik-kecik dulu, aku suka jugak beli gula-gula yang macam kat atas ni. Kalau boleh nak beli semua jenis kaler yang dia jual. Padahal rasa dia sama je. Ala.. Kecik-kecik dulu tahu apa. Nampak macam menarik mesti nak beli punyalah!

nyam nyam ni ada lagu dia..siap kuar kat iklan tibi
Nyam Nyam ni dulu satu 60 posen. Tapi sekarang aku tak tahu berapa harga dia. Kat dalam dia ada bagi sudu kecik taw. Ala sudu dia macam sudu yang nak makan puding tu. 

Cara makan dia, kene celup dulu sudu tu dalam cokelat. Lepas tu letak kat bertih beras yang dia bagi. Bertih beras tu siap kaler-kaler lagi tu. Biasa la.. nak menarik perhatian budak-budak. Tapi aku suka makan cokelat dia je hehe.


Baru nak jalan masuk kedai tu, aku jumpa gula-gula kat atas ni. Ni gula-gula perisa sarsi. Kalau orang dulu-dulu panggil sarsi bodo. Aku pun tak tahu kenapa haha. Mungkin sarsi dia biasa-biasa je kot. Tak berjenama macam sarsi F&N.


Aku masuk dalam lagi sikit, aku jumpa asam boi ni. Asam dia ni panjang-panjang. Lepas tu dia gulung dengan pembalut plastik yang jenis kaler-kaler punya. 

Kalau gie stesen minyak, kat situ ada jual jugak. Tapi dalam bekas kecik je. Macam asam pikin tu. Lepas tu kurus-kurus je saiz dia macam lidi penyapu. Tapi yang ni besar sikit.

 

Korang ingat lagi tak yang korang pernah main permainan ni? Agak comel jugak bila pikir-pikir balik ada lagi mainan macam ni. Sedangkan da 17 tahun berlalu zaman kecik-kecik aku tu. 

Cara main dia.. Korang kene masukkan tali yang kaler pink tuh kat tempat empat segi yang macam ada bintik hitam kecik tu. Da sampai hujung tempat pemegang bulat tu, korang tarik la sekuat hati. Nati roda hitam tuh berpusing. Bila korang lepaskan dia akan berjalan.


Kalau kat kedai runcit dulu dia mesti ada jual tikam yang gantung-gantung kat dinding kedai atau tiang kedai. Hage tikaman bergantung pada jenis mainan yang akan korang dapat. 

Kalau macam hadiah yang dia bagi tu pistol ke.. robot ke.. selalu 50 posen hage satu tikaman. Kalau setakat gula-gula je yang dia kasi, 10 posen pon da boleh tikam.
sekadar gambar hiasan.
Kalau da banyak duit korang habis untuk bertikam, tapi masih gak tak dapat hadiah dia.. Korang tikam je la tuan punya kedai tu. Habes cerita!

Banyak sebenarnya jajan-jajan masa zaman aku kecik-kecik dulu. Sebab kedai dia pun besar, barang yang dia jual pon banyak jugak la. Tak tahu nak amik gambar mana satu. Kang amik semua berjela-jela entri aku. Aku amik mana yang aku suka je hehe.

Terima kasih kerana sudi membaca entri aku. Sekian!

p/s :
Aku rasa macam nak bukak kedai. Aku jual kat member-member aku je la

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

~sAifAd~ said...

ahaha entri ni wat mcm kembali ke zaman dulu2 je.tingat lak aii mse zaman kanak2 ribena hehe rindu la pulak kan.kalau la blh kembali ke zaman silam...huk3

nadeafu chan said...

@ saifad : masalahnya tak boleh kembali..no turning back ehhe

Post a Comment