23 March 2011

Hensem jugak abang bomba ni

Entri ini di taip dalam keadaan aku masih mamai. Bukan apa pun, saja je nak amik mood. Carik mood dulu baru keje boleh jalan daa.


Aku dah tido awal da malam tu. Pukul 11 lebih sikit je rasanya. Tak banyak pun. Tapi aku telah terjaga dalam keadaan yang terkejut. Bunyik loceng tadi membuatkan aku rasa macam nak pecahkan je loceng tu. Pukul 1 pagi tadi ada fire drill. Sebenarnya aku dah tahu da kolej nak buat fire drill.


Ikutkan hati aku memang nak je tido dalam bilik tu. Tapi tak boleh la. Aku terjaga pun bukan sebab apa. Sebab dorang tutup elektrik punya main power. Silap-silap bukan mati sebab kebakaran, mati lemas ada la. Aku sempat miting jap dengan member aku nak turun ke tak. Bila pikir-pikir balik, malas ouh. Kompem banyak buang masa kat sana nanti. Tapi tak pe la, turun je la. Semua orang kene berkumpul kat assembly area.


Kat satu tempat tu, aku tengok ramai BSMM berkumpul. BSMM tu apa? Aku tak pasti la. Bulan Sabit Merah Malaysia kot. Dorang bukan berkumpul gie wat miting ke apa, macam berkerumun la. Rupa-rupanya ada budak pengsan. Aku tak tahu la tu gimik semata-mata atau betul-betul pengsan. Dorang siap mengusung lagi budak tu sampai ke ambulans. Ambulans tu pun bergerak lah meninggalkan kami dengan pelbagai persoalan.

Lepas da lama sikit menunggu, si incik pegawai bomba start bagi ceramah ke ape bende ntah. Kunun-kunun dia nak tunjuk la cara memadamkan kebakaran dengan betul. Rupa-rupanya urusetia kolej tak beli minyak tanah. Kuang kuang kuang!

"Saya ada berita kurang baik" - kata incik pegawai bomba. "Kita terpaksa batalkan fire drill ini sebab urusetia tak beli minyak tanah. Lupa katanya".

Pergh! Direct je incik pegawai bomba tu cakap. Tak de da nak tapis-tapis ni. Tepukan gemuruh diberikan untuk pengumuman tersebut. Lagi hebat dari mana-mana konsert. Apa motif sebenar pun aku tak tahu.

Mula-mula rasa nak marah jugak. Da la sesuka hati panggil paksa buat fire drill. Last-last tak jadik pulak. Nasib baik la muka hensem. Kalau tak memang da kena la. Poyo je kan ayat? haha! Tapi bukan salah dorang pun. Dorang hanya ikut arahan je. Ye tak?

amacam? hensem kan? tak caye haha

Aku dengan sepantas kilat terus bergegas pulang semula ke bilik. Memang niat aku nak sambung tido. Tapi bila pikir-pikir balik, tak jadi lah. Sebab aku ada pembentangan hasil lagi beberapa jam je lagi. Aku pun tegarkan mata aku membuat slide. Macam-macam gaya ada. Tertonggeng, terbalik, telungkup, meniarap, kuak lentang, semua-semua la.


Aku sangat bersimpati pada kawan-kawan yang menjadi mangsa blackout tadi. Lagi-lagi budak final year la. Budak lain tak payah kesian. Dok elok menaip nak buat tesis tibe-tibe plak blackout kan. Sape yang sempat save file dia.. Memang selamat la kan. Kalau tak sempat tu mesti macam nak maki hamun. Haha!

member tu boleh buat derk je dgr bunyik siren haha ;p

Aku jugak sangat berterima kasih kat kawan aku sebab sanggup teman aku berjaga semata-mata nak siapkan slide untuk present nanti. Terima kasih banyak-banyak!

p/s :


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

~sAifAd~ said...

fire drill yg menggilekan.dah la x jdk.aduhhh..dgn x ckp rehat n tidonye,terpakse lak turun gi dataran.sejam menunggu..ale2 x jdk.ntah pae..layan fb lg bagus!

nadeafu chan said...

@ saifad : bagusnya layan fb sebab ramai update status pasal firedrill xjadi hehe

Post a Comment