14 March 2011

Hari esok tak perlu datang bertandang sekarang

Hujung minggu yang agak bosan. Aku duduk diam-diam je dalam bilik. Nak keluar ke mana? Kaki ni pun rasa berat nak keluar melangkah dari bilik. Aku bukan jenis yang kaki jalan. Bila sampai hari minggu je mesti nak keluar. 

Maklumlah sebagai seorang pelajar, masa 5 hari seminggu dihabiskan dengan gi ke kelas. Ala tipu la ko! Hari biasa pun boleh je keluar. Kalau tak dek kelas kan. Haha. Memang pun! 

sape je suke tempat macam ni? korang suka?

Aku jugak jenis tak suke tempat yang sesak, yang ramai orang. Sebab tu aku lagi suke keluar hari biasa dari hari minggu. Keluar sekali-sekala tak apa. Release tension kate mat saleh. Bagi aku, keluar bilik, keluar la duit! 


Sambil-sambil aku online, aku bukak pesbuk jap. Saje nak skodeng-skodeng, usha-usah ada ape yang best. Walaupun aku bukan the greatest stalker, aku suke jugak stalk pesbuk orang. Tapi tengok jugak orang yang macam mana. Blog korang pun aku suke stalk. Hehe.

Skodeng punya skodeng.. Aku tertarik kat satu penyata ni..

Aku pernah terbaca satu cerita.. Bukan cerita sebenarnya. Buku motivasi kot. Aku nak kongsi sikit hasil pembacaan aku dengan korang. Dalam buku tu dia cakap..

Jangan nak cuba try test mendahului sesuatu benda yang belum berlaku. Sebagai contoh, takkan kita nak keluarkan baby sebelum waktunya, takkan nak petik buah yang belum masak? Ala kalau buah tu.. Petik jela. Tapi rasa dia mestilah tak manis kan?


Hari esok, lusa, tulat sampailah berkulat adalah sesuatu yang tak pasti, yang belum nyata, yang belum dapat disentuh, belum ada rupa, warna dan rasa lagi. Kenapa mesti nak sibukkan diri dengan hari esok, sibuk memikirkan kejadian yang bakal berlaku, sibuk meramal apa yang akan berlaku pada hari tersebut? Walhal lepas korang bace ni pun korang tak tahu apa akan berlaku lepas tu.

Belum tentu lagi kita akan hidup esok-esok nya. Kita sendiri tak tahu esok apa akan berlaku kan? Samada perkara yang menggembirakan atau menyedihkan. Hakikatnya, hari esok masih di alam ghaib. Tak turun ke bumi lagi haa. Pikir-pikirkan jap!

"Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah. Maka janganlah kamu minta disegerakan"
[Surah an-Nahl : ayat 1]

Dalam Islam ada menyebut, memberi peluang kepada fikiran untuk memikirkan hal-hal masa depan, lepas tu hanyut dengan hal-hal yang menjadi persangkaan semata-mata adalah tidak dibenarkan. Senang cakap.. Panjang angan-angan la. Kalau nak ikut logik pun, memang tak masuk akal sebab macam bergusti, bertumbuk, berperang dengan bayang-bayang sendiri je.

Korang pun mesti selalu dengar kan orang akan cakap macam ni haa "Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan". Ye! Kita sebagai manusia biasa memang hanya mampu merancang. Selebihnya dengan kuasa di tangan Dia.

Dipendekkan cerita, tunggu je lah hari esok tu datang dengan sendirinya. Jangan sibuk-sibuk nak tanya apa yang akan berlaku esok. Tapi jangan pulak nak tunggu malapetaka hari esok. Hari ni pun korang da cukup sibuk kan? 


Selamat berhujung minggu!

p/s :
Hakikatnya, hari esok masih di alam ghaib dan belum tentu akan turun ke bumi. Maka, tidak sepatutnya kita menyeberangi satu jambatan sebelum kita sampai di atasnya. Sebab, siapa yang tahu dengan pasti bahawa kita akan sampai atau tidak di jambatan itu?

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

~sAifAd~ said...

setuju..huhu btw,mcm kenal je ayat yg kene highlight tu hahaha

nadeafu chan said...

@ saifad : kura2 dalam perahu..buat2 xtahu pula :p

Post a Comment