30 March 2011

Dewasa VS Kanak-kanak : Part 1

Salam sejahtera diucapkan untuk para pembaca sekalian.

Cuaca petang ni sangat panas. Baru beberapa minit keluar dari bangunan, da terasa bahangnya. Harap-harap malam ni hujan la. Boleh tidur lena macam semalam. Sampai kan subuh pun subuh gajah. 

Jangan tiru macam aku! Tapi mungkin semalam aku over-tired kot. Tu yang terlajak. Tapi jangan jadikan tu sebagai alasan tak nak bangun subuh Ok!

Masa nak balik kolej tadi, aku ternampak satu scene kat bustop. Ni totally different la. Tak macam scene cerekarama yang kt tibi 3 pon. Aku ternampak beberapa orang, dengan pelbagai kerenah. Tapi aku tak boleh nak predict pon bape umur dorang. Konpius pon ada jugak.

Tiba-tiba aku teringat satu quote tu.. I can be matured but i choose to be immatured. Walaupun usia da meningkat, tak semestinya seseorang itu matang. Saiz badan seseorang itu pun tak jugak menunjukkan yang dia tu matang atau tak. Korang nih dewasa ke kanak-kanak lagi? Haa.. Jawab jangan tak jawab.

**********
Korang semua dewasa kalau korang..

1. Tahu pakai yang smart-smart, tak payah nak ada orang suruh ingatkan. Pas tu pulak tak pernah mengeluh masa mengenakan pakaian tersebut.

ni smart ke, skema ke, protokol?

2. Rajin bawak anak-anak buah gi jalan-jalan kat shoping complex. Tak kedekut untuk membelikan apa yang dorang nak.

siap bawak beg nak g shoping

3. Masa korang gagal, korang tak pernah putus asa. Sebaliknya menjadikan kegagalan itu sebagai pengajaran.


4. Tak pernah malu nak minta maaf kalau da buat silap

5. Menyimpan sebahagian wang saku atau gaji untuk ditabung. Selain tu, korang tak pernah lupa nak share-share sikit dengan orang-orang yang susah.

6. Sentiasa cool je time bawak kete. Orang lain memotong pun wat derk je!

memang cool giler la kan kalo handset kiri kanan

7. Ada tujuan hidup yang jelas dan tahu apa yang korang perlu buat untuk mencapai tujuan hidup tu.

8. Korang sedar akan kekurangan pada diri tapi dalam masa yang sama korang tahu yang korang ni ada potensi besar yang boleh dikembangkan. Tidak ada word putus asa dalam kamus hidup dan sentiasa memperbaiki kelemahan yang ada.

9. Bila ada masalah, korang cool je. Sebab korang tahu masalah takkan selesai kalau asik merungut je.


10. Korang nih seorang yang bertanggungjawab dan bersedia menggalas sebarang akibat dari perbuatan korang.

11. Korang tak pernah sombong atau kembang bila ada orang lain puji. Bagus gile!

12. Tetap maintain kalau korang kene kritik sekali pun. nak kata pasrah tak jugak. Sebab korang anggap kritikan tu sesuatu yang boleh menjadikan korang lebih baik.

13. Berkawan dengan semua orang. Tak kira pangkat atau abjad darjat, kecik, besar, tua, muda.

14. Korang tak pernah nak salahkan orang lain kalau tak dek bukti yang kukuh.


15. Dengan semua orang korang boleh masuk. Tak kira topik atau isu apa yang dibincangkan.

**********
Haa! tengok.. Tengok.. Ada tak ciri-ciri tersebut kat dalam diri korang? Kalau ada, baguslah! Anda sudah dewasa. Hehe.

Nanti aku sambung kat entri lain. Pasal kanak-kanak pulak. Nak gie makan la. Lapar!

Terima kasih kerana sudi membaca. Sekian!

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment