03 March 2011

Dapat tazkirah percuma masa ujian memandu

Salam dan selamat petang kepada para pembaca sekalian.

Petang yang nyaman. Cuaca redup-redup je. Matahari pun segan nak keluar. Baru lepas hujan. Nasib baik tak banjir kilat. Sebelum hujan tadi guruh dah berdentum-dentum, angin bertiup kencang. Kesian ada sorang budak tadi. Kain yang dia pakai berterbangan ditiup angin. Ok! Tipu je.

**********
Hari selasa baru-baru ni, senang citer semalam la kan. Macam la lama sangat tempoh semalam dengan hari ni.. Aku ada ujian JPJ. Alhamdulillah.. Aku tergolong dalam kategori lulus. Tak perlu pikir banyak-banyak kali kalau terkandas. Tapi kesian member aku. Dia tak lepas. Baru je duduk dalam kereta lebih kurang 5 minit lebih sikit, da fail da. Gagal kat atas bukit. Adeh!

rendah je bukit dia. kat tempat aku belajar, tinggi sikit

Ini ada satu cerita yang aku nak hebahkan. Masa aku memandu atas jalan raya semalam, aku dapat penguji JPJ yang banyak cakap. Nak-nak pulak yang cerita pasal hal ukhrawi. Aku pun layankan aje. Nasib baik masa aku belajar memandu dulu, cikgu aku masa tu jenis yang rajin berborak. So, aku tak dek la hilang fokus masa ujian semalam.

ni bukan aku. sekadar gambar hiasan

"Nombor 10!", alamak! Nombor aku da kene panggil. Cepat-cepat aku pergi kat meja pegawai tu. Lepas borang JPJ bertukar tangan dengan aku, aku terus ke kereta.

"Assalamualaikum encik!", aku menyapa. Dalam hati aku da berdoa mintak-mintak penguji ni ok. Kalau tak ok kompem bertambah-tambah nebes aku.

"Wa'alaikummussalam..", garau je suara dia. Aku da start nebes sikit. Sikit je.. Tak banyak pun.

Aku adjust tempat duduk ke tahap yang paling dekat sekali dengan stereng. Aku adjust cermin pandang belakang, cermin sisi kanan.

"Encik, tumpang sekejap. Saya nak betulkan cermin sisi sebelah sana"

"Awak tengok cermin tu ok ke tak? Awak nampak tak kereta kat belakang?". Aku mengangguk berulang-ulang kali.

"Kalau awak nampak, awak rasa ok, tak pe. Tak payah betulkan". Aku mengangguk-angguk lagi.

Bila da cek semua-semua yang perlu dicek.. Yang perlu saja ok. Yang tak perlu dicek, tak payah susah-susah nak cek.. Aku pun mula menekan minyak, meng'adjust' klac, bagi signal ke kanan sebab aku kat sebelah kiri, toleh-toleh belakang sikit, dan kereta mula melunjur.

Tiba-tiba..

"Awak takut tak?"

"Ada la sikit. Nebes je", aku menjawab sambil tersenyum je.

"Buat apa nak takut dengan saya. Saya ni manusia je. Sepatutnya kamu takut dengan Dia. Takut buat perkara yang dilarang dengan Dia. Takut tinggal sembahyang". Haa! Ambik kau!


"Tak adalah encik. Perasaan takut saya ni bukan takut dengan encik. Tapi takut kalau-kalau gagal ujian JPJ ni". Tapi aku jawab dalam hati je. Aku pun senyum je.

Dapat lah aku tazkirah yang pertama petang semalam secara percuma. Tazkirah yang kedua pulak..

"Sekarang ni Pengajian Islam kan yang berkuasa?". Aku macam blur-blur jap. Tiba-tiba aku teringat pasal PRK.

Dengan konfident nya aku menjawab, "Saya tak minat encik pasal politik kampus ni". Tapi aku dapat rasa yang penguji tu tanya pasal benda lain haha. Syok sendiri pulak aku menjawabnya.

"Ni bukan masalah politik ke tak politik. Bukan masalah minat ke tak minat. Agama tu nombor satu. Yang paling penting dan utama tu". Haa! Amik. Kene sebijik lagi. Aku senyum je lagi.

Tazkirah yang ketiga pulak, penguji tu bagi pasal menutup aurat. Aku ni jenis biasa-biasa je. Jenis yang tak suka nak menonjol sangat pasal pakaian ni. Seluar slack atau jeans da cukup da. Tshirt biasa-biasa je. Tshirt kosong pun ok je. Nak pakai baju kurung, tengok tempat jugak. Takkan nak gi jogging pun kene pakai baju kurung ye tak?


"Budak-budak zaman sekarang ni da tak kesah pasal agama. Main langgar je hukum-hakam Pakaian pun jenis-jenis yang tak cukup kain. Kalau boleh cik janganlah pakai baju yang ketat-ketat, pakai seluar yang ketak-ketak, tudung jangan pendek-pendek ye. Boleh buat?"

"InsyaAllah encik". Aku senyum je.

"Encik tengok saya ada pakai pakaian yang ketat-ketat tak?". Aku tanya dalam hati je. Tengah ujian kot. Tak boleh sangat nak fokus apa yang penguji tu cakapkan. Sebab aku tengah fokus kat atas jalan raya ni.

Tazkirah yang ke empat pulak, penguji tu cakap pasal jodoh.

"Sebagai umat Islam ni, kita wajib berdoa.. Mintak pada Dia. Kalau boleh tiap-tiap hari lepas sembahyang.. Doalah supaya dapat jodoh yang baik. Ok? Boleh buat?"


"InsyaAllah encik. Doa memang wajib". Aku senyum je lagi. Angguk-angguk. Geleng-geleng jarang.

Tiba-tiba enjin kereta mati kat simpang. Alamak! Mesti kantoi ni. Mintak-mintak la tak dek ape. Tu la encik, ajak saya berborak lagi.

"Haa.. Mati enjin pulak. Baru bagi tazkirah sikit". Sekali terkena batang hidung da. 

"Tak dek la encik. Saya memang neves kat simpang ni". Jawab aku dengan pasrah. Tapi betul.. Bukan sebab tazkirah yang dia kasi ok!

Tazkirah yang ke lima..

"Kalau Dia bagi bencana ke.. Malapetaka ke.. Janganlah kita cepat melenting. Dok maki hamun sana sini. Kita kene sabar. Tu semua ujian dari Dia. Ye tak?"


"Sebagai contoh kalau kita dapat lelaki yang baik, lepas tu Dia uji kita dengan ujian yang suami kita kawen dua pulak.. Haa nak buat macam mana?"

"Tak sanggup saya encik laki saya kawen len. Hehe".

Tazkirah yang terakhir, "Kita sepatutnya beruntung. Dalam banyak-banyak wanita, kita yang terpilih". 

Lepas tu penguji tu sambung lagi, "Wanita yang bermadu ni, Allah bagi ganjaran kat akhirat sana. Kat dunia memang kita tak nampak"

"Mungkin sebab kita tak nampak ganjaran tu kat dunia kot encik. Tu yang ramai wanita-wanita tak suka hidup bermadu", aku jawab dalam hati.


Aku dah selesai buat on the road. Rasa macam sekejap je. Mungkin sebab sambil buat ujian sambil mendengar penguji tu bagi tazkirah kot.

"Haa. Da sampai da. Sekejap je dapat bagi tazkirah petang ni. Harap-harap boleh la diamalkan ye."

Lepas tu siap tanya lagi, "Ni nak bagi lulus ke gagal ni?"

"Mestilah lulus encik. Susah payah saya belajar memandu ni"

"Sebab da dengar tazkirah saya tadi, saya bagi lulus la"

Eh.. Eh.. Boleh pulak macam tu. Tapi aku tak kesah pun. Aku bersyukur sebab semuanya berjalan lancar atas kehendak Dia.

"Terima kasih encik", sambil aku tersenyum lebar.

p/s :
Seronok dapat berkongsi kejayaan dengan kawan-kawan yang lain.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

6 comments:

Hasan Suyat said...

Selamat die kasi tazkirah jer. Selamat die tak mintak kau kawen ngn die. Kalau x, mesti terus gagal sebab super terkejutt! Hahahaha

~sAifAd~ said...

ahaha lawak la incik jpj ni.tp sporting giler beb!harap2 kak ude pn dpt org mcm die bile test nti.syukur sgt2..adik dah lepas.tinggal kak ude pulak selasi nti.haih...risau giler kot.dah terase kenebesannye...=.=

nadeafu chan said...

@ hasan suyat : haha ko jangan hasan..bukan je gagal..mati terkejut aku haha

@ saifad : ala..rilex je la..wat2 je cikgu yng ada kat sebelah hehe

RaTu SaLju said...

lor... enjin mati kt simpang... conform lupe tekan klac ar uh tem benti...xpun tem kete da slow...hmmm pape pun da selamat da...congrate erk...pas ni turn aku plak...hehehehe~
aq bace nk tergelak lor owg jpj uh bg tazkirah... hak9...

nadeafu chan said...

@ ratu salju : bukan lupe tekan klac..minyak xckup..simpang tuh mcm bukit skit..tp tak tinggi mana pun hehe

Alongxp said...

Saya pinjam gambar dari entri ni ye...

Post a Comment