03 March 2011

Aku, manusia yang dalam kerugian

Angin bertiup kencang. Sudah tak ada lagi sepoi-sepoi bahasanya da. Memang sungguh tak berbudi bahasa langsung angin tu. Guruh pulak berdentum-dentum tanpa henti. Seolah-olah masing-masing nak menunjuk bunyik siapa paling kuat, paling panjang, paling menggerunkan. 

sekadar gambar hiasan

Mendengarkan bunyik guruh yang berdentum-dentum itu mengingatkan aku kepada sebuah cerita. Cerita ke? Aku pun tak pasti. Tapi Mak aku ada bagitahu yang bunyik guruh ni sebenanrnya bunyik batu-batu yang bergolek kat neraka Allah s.a.w tu. Nauzubillah.

sekadar gambar hiasan

Samada korang nak percaya atau tak, terpulang pada korang. Syurga neraka ni perkara-perkara Sama'yat. Betul ke eja? Janji sampai ape yang aku nak cakap. Perkara-perkara Sama'yat ni perkara-perkara yang kita tak nampak. Tapi sebagai orang yang hidup dalam iman, wajiblah mempercayainya. Wallahu'alam.

Jam handset aku berteriak pukul 4 pagi tadi. Jeles betul. Tak kasik aku nak bermanja-manja dengan tilam dan toto lama-lama. Terpaksalah aku bangun jugak.Tambah pulak dengan alarm extra.. Guruh di langit yang berdentum-dentum tu. Memang aku takkan tido balik la.

camne agak nye erk jam ni berfungsi? meletup agaknya

Aku diharamkan untuk menekan butang snooze kat handset tu! Kalau aku tekan jugak alamatnya terlajak la sampai subuh tido aku. Memang tido yang panjang. Kalah bayi-bayi seluruh Mesia ni. Aku bangun awal ni bukan apa, kunun-kunun nak top up balik waktu untuk buat tesis ni. Semalam aku da bantai tido sikit punya awal. Pukul 10 lagi da landing atas katil.

Sekarang apa nak buat? Mata da segar bugar tak boleh nak pejam balik. Nak buat keje sorang-sorang dalam keadaan macam ni. memang aku tak boleh. Bukan tak boleh apa. Takut agaknya haha. Baru aku tahu cuaca sangat-sangat mempengaruhi mood nak buat keje. Bahaya ni. Kawan aku pulak sedap je tido. Mimpi apa agaknya? Tersenyum-senyum bagai kerang busuk. Ok! Yang tu tipu je.


Tup! Tup! Siap da satu entri. Kerja aku pulak terbengkalai. Da rugi satu malam keje tak jalan. Aiyyo! Masa berjalan. Dia takkan tunggu kita. Sebaliknya nanti kita yang terkejar-kejar masa. Memang betul ada orang cakap MASA ITU PEDANG. Masa kena pandai jaga. Kita yang kene memotongnya sebeluam ia mencantas kita.


"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." 
(Al 'Asr 103: 1-3) 

p/s : 
Walaupun hujan da berhenti, guruh tetap lagi masih berbunyi.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment