17 February 2011

Selamat hari tua untuk beliau

Entri ni khas aku karang untuk sahabat baik aku.. Sahabat dunia akhirat sempena ulangtahun kelahiran dia yang ke-22. 

Buat pertama kali, aku dan jugak member-member seangkatan yang lain celebrate bestday beliau ni sepanjang tempoh pengajian yang kami lalui dengan bersusah payah kat u ni (nama u dirahsiakan lagi haha).

Bestday dia kali ni special. Kenapa aku cakap special? Antara sebab-sebabnya ialah :

1. Beliau tengah jatuh sakit
Demam tak habis-habis. Masa cuti seminggu raya cina hari tu pun demam. Memang seminggu la dia berkabung kat rumah. Orang cuti bergumbira sakan. Dia berenang je atas katil. Balik cuti sambung lagi demam dia tu. Boleh pulak kan sambung-sambung sakit ni. Kesian.

2. Baru first time nak celebrate
Sepanjang tempoh pengajian, ni baru kali pertama aku dan member-member lain celebrate bestday dia. Kalau nak ikutkan, sepatutnya sudah tiga kali. Tapi tahun ni memang bertuah la. Selalu sampai hari lahir dia je, kompem cuti! Kesian lagi.


3. Ada orang support beb!
Selalu kalau nak celebrate bestday member-member, aku dengan member-member aku collect duit. Kemudian, lembaga hasil dikalangan kami akan bahagi-bahagikan task la. Orang ni carik kek, lagi sorang cari jajan, yang lain-lain buat tak tahu je. Da tak dek keje kot. Tapi untuk kawan yang sorang ni, tak perlu semua-semua tu.

4. Kejutan spontan yang tak seberapa pun menjadi jugak
Sebab aku duduk bilik sebelah dia, aku kene berlakon jugak la. Kunun-kunun keluar jap gi tandas. Walhal aku gi jumpa member-member yang lain. Dorang semua da bersiap-sedia nak serbu bilik bestday girl. Dorang ketuk pintu bilik je. Pun boleh buat bestday girl terharu. Sungguh touching la beliau. Tak tahu nak kesian ke tak haha.

Ada banyak lagi sebab sebenarnya. Kang panjang plak entri kali ni.

Untuk kawan-kawan yang lain, Ainee, Hur, Ain, Yan, dan Mar (ni bukan nama sebenar dorang. Kunun-kunun suh letak nama paling glemer haha), terima kasih yang tak terhingga diucapkan. Tanpa korang, mesti tak menjadi semua-semua ni.

Syukran jazilan!

p/s :
Aku agak-agak la, mesti aku kene sambut bestday dengan buku-buku campur nota-nota =.=

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

4 comments:

~sAifAd~ said...

huuu...for once again,rase terharu sgt bbace entri ni.toce2..sahabat2 sentiase yg terbaik huhu..walaupn sakit mase ni,tp still lg blh bergurau senda gelak ketawa dgn korg sume sampai x hengat dunia ahaha lawak sgt korg ni.mcm2~tanpa korg sume,sy bukan sape2..korg mmg sahabat terbaek pernah jumpe.to adik..thx for being such a goog bestfriend!byk dah terhutang budi..;(

p/s : cik x payah la nak agak2.mmg dah sah pn besday awak nti kite tgh stady week ahaha

nadeafu chan said...

@ saifad : eh..terma kasih untuk apa? saya tak buat apa2 pun hehe ouh memang tyme study week eh? celebrate dengan buku2 je la hehe

~sAifAd~ said...

haruslah!kene bergelumang dgm note2 yg berlambak la jugak tu hehe

nadeafu chan said...

@ saifad : walaupun subjek sikit kan..note nak berlambak2 je hehe

Post a Comment