05 February 2011

Pesanan Frau Hassan

Dekat jabatan aku ada la jugak dua tiga orang pensyarah pernah sambung belajar kat Jerman. Bila time take 5 je.. Dorang pun start bercerita pasal pengalaman belajar kat Jerman. Saje je nak kongsi. Bak kata mat saleh.. Sharing is caring. Haha. Tapi bila da start bercerita.. Biasalah, mesti lebih dari 5 minit punya. Percayalah! Kalau korang tak percaya, memang korang la yang tipu. Haha. Kadang-kadang pensyarah ni pun nakal jugak. Saja je nak kenekan student dengan menyindir atau memerli kitorang dalam bahasa Jerman. Tapi kami tak kesah, bukan paham pun. Haha.


**********

Entri kali ni aku nak bercerita pasal sorang cikgu ni. Aku suka sangat dengan cikgu ni. Mesra yang teramat. Bila berborak macam beliau tu kawan-kawan aku je. Beliau mengajar subjek bahasa Jerman ni. Beliau ni bagi aku lain dari yang lain. Nama beliau Puan Hasnor Shima Hassan. Tapi kitorang panggil dia Frau Hassan je. Tak tahu kenapa tapi maksud Frau itu Puan. Lepas dia SPM dia dapat offer sambung belajar kat Jerman. Kira student fast track la dia ni. Dia pun masa tu blur-blur tak tahu apa-apa.. Terima je la offer tersebut. Siapa yang tak nak pergi negara atas angin. Cuba angkat tangan sape yang tak nak? Ok! Kau tipu.

sape ada buku ni? memang bertuah la!

Bila ada selang masa sekejap, Frau Hassan suka bercerita pasal pengalaman dia masa belajar kat Jerman dulu. Da bertahun dia duduk sana. Speaking Jerman tak payah cakap la.. Memang fasih sungguh. Sampaikan orang ingat dia tu penduduk jerman. Ada satu cerita kenapa orang ingat Frau Hassan nih penduduk Jerman. Pada suatu hari yang damai.. Beliau keluar berjalan-jalan. Tiba-tiba ada orang terlanggar beliau dan dompet beliau terjatuh.

Dengan confident nya beliau menyabut "Scheiße!" - maksud dia shit! Haha. 

Ditakdirkan ada orang terdengar perkataan tersebut. "Oh! Awak boleh bercakap dalam Bahasa Jerman dengan baik. Orang Jerman ke?"

"Saya orang Malaysia. Engineering student" - kata beliau sambil tersenyum manis.

Frau Hassan cakap.. Walaupun kita tak fasih berbahasa asing, kita mesti ada high level confident. Memang tersangatlah betul apa yang beliau cakapkan. Dan perkataan Scheiße tu aku boleh ingat sampai bila-bila. Funny! Syukur kepada Tuhan, subjek beliau aku lulus dengan cemerlang. Walaupun baca teks Jerman berterabur, speaking masa oral test tunggang terbalik.. kalau da confident tu, confident jugak la. Tapi jangan over confident plak. Nanti orang lain ingat korang syok sendiri. Haha.

"Kalau ada peluang.. Tak kira lah travel ke, further study ke.. Pergilah ke Jerman" - pesan Frau Hassan.

"Ok Frau. Dengan izin Tuhan.. Ada rezeki lebih.. Dapatlah kami jejak kaki ke sana" - terus aku masukkan dalam wishlist aku!

kira lah Jerman terbahagi kepada berapa bahagian haha

Dalam kelas Jerman tu, student paling ramai adalah dari Fakulti Kejuruteraan. Memang dorang bercita-cita tinggi nak pergi sana. Pelajar Indonesia pun ramai jugak. Aku tak tahu kenapa. Tapi kalau engineering student tu aku tau la kenapa dorang nak pergi Jerman sana. Yang pastinya, kene amik kelas sampai Level 4, lepas tu amik test. Tapi aku malas nak sambung.. Level 1 je dah! Buat cukup jam kredit. Haha.

p/s : apa kaitan Indonesia dengan Jerman? Sapa tahu?

Source picture amik kat sini

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

4 comments:

~sAifAd~ said...

ehehe nice entri!tibe2 tingt lak kat frau.really miss her..lecturer yg sgt best penah jumpe kat bumi ukm ni..btw,nice job dear~

nadeafu chan said...

ha'ah..sempoi..selamba..friendly :)

~sAifAd~ said...

yurp!absolutely!bile kite nak gi melawat frau eh?

nadeafu chan said...

haha agak2 dia terima lagi ke kita nak jual buku ni?kui3

Post a Comment