13 February 2011

Muhasabah Cinta

Sapekah yang mengabulkan doa korang-korang termasuk aku jugak la bila kita dalam kesusahan? Sapekah yang paling berhak menjadi tempat mengadu bagi korang-korang termasuk aku jugak lagi bila dilanda kegelisahan, kesempatan, kesempitan, kesusahan dan kesedihan? Kepada sape kita mesti memohon semua-semua tu?

Sapekah yang layak untuk menjadi tempat bergantung kita, memohon, meminta dan meratap bagi semua makhluk di muka bumi ini? Sapekah yang berhak menjadi tempat pergantungan diri hati yang namanya selalu disebut oleh lidah kita ni? Sudah tentu hanya DIA sahaja. Nak mohon semua-semua tu tak perlu isi sehelai borang pon.

**********
wahai...pemilik nyawaku
betapa lemah diriku ini
berat ujian dariMu
kupasrahkan semua padaMu

Tuhan...baru ku sadar
indah nikmat sehat itu
tak pandai aku bersyukur
kini kuharapkan cintaMu

reff. :
kata-kata cinta terucap indah
mengalun berzikir di kidung doaku
sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
butir-butir cinta air mataku
teringat semua yang Kau beri untukku
ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi....
muhasabah cintaku...

Tuhan...kuatkan aku
lindungiku dari putus asa
jika ku harus mati
pertemukan aku denganMu

**********

Kita semua.. Aku dan jugak korang ada satu kewajipan iaitu berdoa dan meminta kepada DIA. Tak kira dalam keadaan lapang atau sempit, dalam keadaan sukar atau mudah. Kita perlu duduk di depan gerbang-Nya, sambil memohon, merendah hati dan meminta keampunan-Nya. InsyaAllah.. Akan tiba bantuan dan kemudahan dari DIA.

"Atau siapakah yang mengabulkan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya."
[Surah An-Naml : 62]

p/s : Hati aku ni rasa tak sedap la. Agak-agak nape hah? Muhasabah diri jap!

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment