09 February 2011

Merisik, Meminang, Bertunang

Bila da duduk berkumpul ramai-ramai, sambil pulak pekena makan-makan plus minum-minum lagi, memang meriah la kafe tu. Rasa macam kafe tu kitorang yang punya. Gelak memang tak ingat dunia la. Macam-macam citer kuar bila da kumpul macam tu. Lepas tu sambil makan sambil tu plak layan citer kat tibi. Sudah-sudah la dok depan tibi. Gi la balik sane. Banyak keje nak kene buat lagi. Aku tak cakap kat ko. Pesan kat diri sendiri je. Ahaks!

Masa tengah-tengah makan tadi, tetiba je ada sorang member aku cakap pasal kawen. Apa da sampai seru ke mereka ni? Belajar pun tak habis lagi da nak kawen. Adoi! Tak salah kawen masa belajar. Kalau da sampai jodoh nak buat cane ye tak? Kawen je la kalau da mampu. Kawen bukan main-main. Da cukup duit ke cik awek dengan cik abang? Nasihat dari kementerian, jangan pinjam bank buat kawen apatah lagi mahu pinjam kat ahlong!

Dok sebok-sebok haa gado pasal merisik, meminang dengan bertunang. Sape datang dulu.. Meminang ke merisik? Merisik ke meminang? Ke bertunang dulu baru merisik? Ok! Yang tu tipu! Sila jangan percaya.

**********

Merisik ni apa? Yang aku tahu sekarang orang da tak amalkan da sangat adat ni. Sebabnya.. cik abang dan cik awek ni sudah cukup lama berkenalan. Maka tak perlu kot nak merisik-risik khabar ni. Kerisik kelapa mahu? Biasanya merisik ni untuk make sure yang cik awek nih belum berpunya lagi. Haram taw cik abang masuk meminang cik awek yang da bertunang.

Sebab tu la nak tinjau-tinjau, usha-usha, kot-kot da berpunya ke belum. Tu yang dinamakan merisik. Selalu masa merisik ni pihak dari cik abang akan hantar cincin belah rotan. Cane eh cincin belah rotan? Buat pakai ritan ke ape? Lagi pun boleh jimatkan kos dan masa. Masa tu penting. Mau nya orang yang tak sabar nak diijabkabulkan cane?

tipu la kalau korang nampak rotan kan?

Lepas da susah payah nak merisik baru masuk meminang pulak. Pihak cik abang akan tetapkan tarikh mahu hantar rombongan untuk masuk meminang. Yes! Haha. Adat ni dilakukan bagi menyatakan tujuan sebenar secara rasmi la. Yang merisik dulu tu saje-saje je. Yeke? Pastu dorang akan berdiskusi lagi bagi menetapkan tarikh untuk bertunang pulak. Sambil-sambil tu selit-selit sikit berapa orang yang nak follow masa bertunang nati, wang hantaran dan lain-lain lagi yang sewaktu dengannya.

Hantaran kene tepat tinggi.. Baru boleh buat gol cantikkk!!!

sekadar gambar hiasan

Ok! da sampai part last, bertunang. Tak dek la last mana pun. Tapi sebelum nak dapat lesen menjadi pasangan yang sah kene la nikah dulu. Tu baru part last. Ni second last kot. Majlis bertunang ni selalu diadakan di rumah cik awek. Setakat ni aku belum pernah dengar lagi bertunang buat kat rumah cik abang. Ada ke? Tak dek kan..

Hantaran utama biasanya tepak sirih atau sirih junjung. Pastu dengan cincin dan lain-lain lagi jenis hantaran. Kasi la bunga rampai ke, buah-buahan ke.. Sayur-sayuran tak dek ok! Haa ni part yang unik sikit. Bilangan hantaran kene ganjil samada 5-7, 9-11 atau 13. Kalau genap orang tua-tua cakap akan bagi kesan tak baik. Selalunya pihak cik awek akan membalas hantaran pihak cik abang lebih sikit.


Ok da boleh kawen! Da setel sume kan? Semoga bahagia :)

p/s : Oh Mama. Saya mahu kawen. Saje-saje je nak nyanyi

Terima kasih kat blog ni, blog ni lagi dan blog ni lagi untuk gambar. :)

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

4 comments:

RaTu SaLju said...

sis...mu da xsabo nk kawen ker...???
hehehehe~

nadeafu chan said...

eh3..ade aku cakap mahu kawen ke?haha

RaTu SaLju said...

mcm bg hint jer uh...hak9...
kawen cepat2 ckit...aq xmou langkah bendul....hahahaha

nadeafu chan said...

eh..ko nak kawen..kawen je la
ade aku kesah ko langkah bendul ke tunggul haha

Post a Comment