26 February 2011

Aku yang terkejut dengan kejutan

Hari tu.. Tak ingat la bila masa pulak.. Aku meset-meset dengan sorang kawan ni. Actually pangkat kakak sebenarnya. Dia ni kakak kepada kawan baik aku tu.. Yang aku da story dalam entri lepas. Aku panggil dia Alang je la eh. Senang nak story-mory.

Entah kenapa. Aku rasa baik pulak mood Alang masa tu nak reply-reply meset aku. Aku hantar 2 3 baris. Alang pun elok je reply 2 3 baris. Selalu kalau hantar meset.. seketul je Alang reply. Berlaku kemusykilan di situ.

Meset punya meset punya meset tiba-tiba Alang cakap nak jumpa aku. Cuak gak! Kenapa nak jumpa aku? Padahal adik dia.. Merangkap kawan baik aku ada je duduk elok kat depan aku.

Waktu tu aku dengan kawan-kawan aku yang lain tengah celebrate bestday adik dia. Tapi tak pe la, jumpa la kejap. Kot-kot ada hal penting ke. Bukan apa.. Tak pernah-pernah kot nak jumpa aku sorang je.

Siap pesan lagi, "Kalau Epa (bukan nama sebenar) tak larat tak pe la. Tak payah ajak dia". Baik kan akak macam tu? Budak tengah sambung demam balik. Haha.


"Kitorang tengah celebrate bestday dia ni"

"Tak pe.. Pape hal nati Alang bagitahu". Aku pun ok je la.

Masa tu hujan renyai-renyai. Aku redah je la. Nasib baik tak lenjun baju aku. Tapi tak pe.. Aku tak kisah pun. Aku ni jenis tak suka buat orang menunggu. Lebih baik aku tunggu orang dari orang yang tunggu aku.


Kereta Myvi Ezi hitam yang bernombor plat WSK **** pun sampai. Heran mana tak heran aku. Kata datang dengan ayah. Beriya suruh aku turun cepat. Katanya tak nak buat ayah menunggu. Aku pun segera berjalan ke arah kereta tersebut.

"Ko tak balik ke? Jom lah balik dengan Alang".

"E'eh.. Selamba badak je. Kitorang ada kelas la esok. Sukati je nak balik rumah".

"Esok keluar sama dengan Alang la. Macam tak biasa pulak".

Tiba-tiba Alang hulur dua buah beg kertas. Macam familiar je corak kat beg kertas tu.


"Nah! Ni kasi kat Epa. Yang lagi satu ni ko punya". Terkejut aku Alang cakap macam tu. Tak pernah-pernah orang kasi aku present ni.


"Hepi belated bestday untuk korang. Kirim salam kat Epa ye!".

"Eh! Bestday Nad lambat lagi la"

"Ni bestday hari tu la. Masa awal bulan puasa hari tu". Oh! Aku iye kan je lah. Hehe.

Bestday aku bulan April. Kebetulan masa aku lahir dulu, jatuh pada 1 Ramadhan tahun hijrah. Kesian mak aku. Sepanjang bulan puasa dia tak puasa. Haha.


Terima kasih ye Alang untuk hadiah yang Alang bagi. Sangat-sangat menghargainya!

p/s :
Aku baru dapat tahu yang famous amos nih tak tersenarai dalam website JAKIM =.=

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

4 comments:

~sAifAd~ said...

huuuu..terharunye bace entri ni.terase sgt2 dihargai oleh kwn2.walaupun time besday kali ni demam,tp dgn adenye kawan2 yg rapat yg sentiase bersame n havoc lg la terase mcm diri ni ade kepentingan dlm hidup mereka.n sungguh x sangka,segala surprise mmg x expect lgsung.pandai korg ye!ehehe..btw,really3 thankful to Allah for everything.sayang korg sume!frens for eva~

nadeafu chan said...

@ saifad : hehe same2 :)

~sAifAd~ said...

tu je?

nadeafu chan said...

@ saifad : hehe banyak dpt hadiah?

Post a Comment