22 February 2011

Kebahagiaan sebenar

Assalamualaikum.

Pagi yang tenang. Tiada lagi kempen-kempen yang membingitkan serta menghuru-harakan seperti malam semalam. Sebab hari ni kene turun mengundi.

Semoga hari ni luar biasa bagus serta lebih baik dari semalam.

Entri kali ni nak bercerita pasal mereka. Asyik aku dengan kau orang je. Siapa mereka? Aku pun tak pasti. Yang pastinya bukan aku dan juga bukan kau orang haha.
**********
Selalu aku dengar orang cakap biar miskin harta asal kaya budi bahasa. Biar miskin harta asal kaya dengan iman. Biar badan kecik asalkan jiwa besar.Tapi memang betul.


Sesungguhnya sangatlah rugi serta mereka berada dalam kesengsaraan apabila miskin iman serta miskin keyakinan. Mereka ini lah yang akan sentiasa berada dalam kemurkaan, kesengsaraan, kehinaan dan kesedihan.

Selalu aku dengar orang cakap lagi.. Bila kita ingat Dia hati akan tenang. Bila time-time ada kawan-kawan yang rasa down, resah gelisah tak bertempat, tak keruan.. Nanti mesti ada member support.

"Banyakkan bersabar.. Ingat Tuhan banyak-banyak.. InsyaAllah nanti hati tenang"

Tidak ada satu pun yang dapat membahagiakan jiwa mereka, membersih dan menyucikannya, membuatnya tenang dan mengusir kegelisahan selain keimanan yang sebenar-benarnya kepada Dia.

Senang citer la kan.. Aku pendekkan kat sini, hidup mereka akan terasa hambar tanpa iman. Bukan mereka je. Termasuk aku dan jugak kau. Muhasabah diri jap.

Menurut pendapat setan laknatullah pulak, cara nak mendapatkan kebahagian dan ketenangan yang sebenar adalah dengan membunuh diri. Life is hard so death is easy, right?


Bunuh diri dapat setelkan masalah serta dapat terhindar dari segala bencana yang bakal menimpa dalam hidup. Kadang-kadang aku pernah terpikir macam tu jugak. Tapi aku masih hidup lagi. Persetankan semua itu!

Korang tahu tak orang yang bunuh diri ni tak kan masuk syurga. Tapi tu la, kat negara kita ni banyak je orang buat macam tu. Lagi-lagi kalo bab-bab putus cinta. Kunun nya da tak dek cara lain.

Jalan penyelesaian terakhir adalah dengan bunuh diri. Mesti mereka rasa.. Entah! Sukar digambarkan dengan kata-kata. Tapi yang pastinya otak mereka sempit time tu. Apa kejadahnya semua itu?

Terimalah dengan setulus ikhlas dan beriman, "Sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah".


Semakin tahap keimanan kita kepada Dia.. Semakin tinggi jugak kebahagiaan, ketenangan dan kedamaian yang akan diperoleh.

Hipotesis telah dibuktikan benar. Renung-renungkan dan selamat beramal!

p/s :
Aspirasi? Mahasiswa? Manifesto? Selamat mengundi!

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

3 comments:

~sAifAd~ said...

kebahagiaan sebenar hanya akan terase bile kita sentiase mendekatkan diri dgnNya..;)bile hati sentiase ingtkan Allah,segalanya seolah2 dipermudahkan.Allah sentiase menjanjikan yg terbaik utk hambanya yg sentiase sujud pdNya.bak kate cik nadiah..biarkan miskin harta,asalkan kaya dgn budi bahasa.setuju sgt!hehe sbb mak pn slalu ckp gitu ;))

nadeafu chan said...

@ saifad : ehhe..semua mak2 kot pesan mcm tuh kat anak2 dia :)

~sAifAd~ said...

absolutely..! ;)

Post a Comment