15 February 2011

Kau Pergi

Minggu lepas, aku rasa tergerak hati nak check inbox emel. Bukan tergerak hati la sebenarnya. Selalu je kot. Hari-hari aku check emel.. Kot-kot ada secret admire kasik surat berserta dengan flying kiss ke.. Sape tahu kan. Sudah-sudah la.. Perasan je aku nih. Haha.

Ada satu mesej dalam inbox tu menyebabkan hati aku sayu jap. Lama jugak aku dok termenung. Mengimbas memori suka duka kenagan bersama mu kasih kawan.. Sepanjang 6 tahun sesi persekolahan masa kecik-kecik time sekolah rendah dulu. Actually bukan mesej sebenarnya, tapi besday reminder yang telah dihantar oleh laman sosial friendster.. Sapa ada guna lagi friendster zaman skng ni? Sila angkat kaki tangan!


*********


Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-22 buat arwah Nublan Zaki Norhadi. Kalau arwah masih hidup mesti dia tengah gembira sebab kawan-kawan yang terdekat dengan dia ramai-ramai gi celebrate besday dia. Tapi Allah lebih sayangkan kamu. Semoga keluarga arwah sentiasa tabah menghadapi dugaanNya. Perginya dirimu tiada pengganti. Al-Fatihah..~

**********

sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..

sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

p/s : Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-22 juga untuk Nursaidatul Syafadillah Kamaruzaman :)

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

4 comments:

RaTu SaLju said...

lor...ari ni bezday sai gak ker...
wish kn untk adik sekali erk...
fb xleh bukak la...
huhuhuhu~

nadeafu chan said...

haha pdn muke ko! :p

'Akashah said...

X apa yg boleh dilakukan melainkan mendokan kesejahteraan dia..Al-Fatihah...

Kadang sgt rindu kenangan waktu kat INTEC, Uitm dulu..hemmm..

nadeafu chan said...

at least ko pnh jumpa arwah..
aku xberkesempatan nak jumpe dia lg
fb dia pon..dia xsempat nak approve

Post a Comment