12 February 2011

Karoke jamban pun ok apa

"malu-malu tapi mahu
kini baru ku tahu
diam-diam jatuh cinta
bersama akhirnya.."

--> Diam-diam Jatuh Cinta : Ramlah Ram <--

"i don't wanna close my eyes
i don't wanna fall a sleep
cause i miss you bebe
and i don't wanna miss a single thing"

--> I Don't Wanna Miss a Thing : Aerosmith <--

"menangis hati ini ku juga bersimpati
hancurnya harapanku maafkan sayang
kasihmu yang berubah aku pun tak menyangka
itulah alasanmu..pergilah sayang"

--> Memori Berkasih : Acik & Nana <--

Ahhaa! Itulah antara korus sebahagian dari lagu-lagu yang aku karok. Caye tak orang macam aku ni gie karok? Orang macam aku nih macamana? Macam tu lah. Haha. Tak reti aku karok-karok ni. Walaupun kawan aku cakap tak dek orang kesah pun kalau nak melalak sepuas-puasnya hehe.

Buat pertama kalinya aku telah menjejakkan kaki ke tempat karoke. Kawan aku da ajak.. Siap nak belanja lagi.. Gie je la ye tak. Tapi niat aku memang nak temankan dia saje, Ok! Kenapa nama dia karoke jamban? Cuba teka? Sape betul aku bagi hadiah kacang cap jempol sebungkus ahaksz! Pada pendapat aku, ia dinamakan karoke jamban adalah kerana bilik untuk berkarok itu hanyalah sebesar jamban saje? Betul ke? Korang caye tak? Tak nak caye sudah!

Sebab yang lain kenapa ia dinamakan karoke jamban ialah.. Entahlah.. Aku tetap berpendapat yang bilik dia sebesar jamban haha. Lagi pulak satu lagu RM1 saje. Tak mahal pun. Kalo rasa-rasa tak berbaloi korang boleh gie bukak pusat karok sendiri kat bilik masing-masing, Ok!

Tempat dia biasa-biasa je. Suram-suram gitu ala-ala macam disko cyber cafe.. Lampu malap-malap saje. Lepas tu banyak bilik kecik-kecik. Kat setiap bilik tu ada dua set speaker, komputer untuk pilih lagu, tibi, kerusi and opkos la ade mic kan.. Kalo tak cane nak nyanyi? Tapi mic dorang akan bagi lepas kita da buat pembayaran.

simple je kan? pakai desktop lama je

Aku gie berdua je dengan member aku. Ingatkan nak gie tempat karok yang lain. Kunun ala-ala ekslusif gitu la. Bukan ekskluif ape pon. Cuma bilik besar sikit.. Boleh buat macam-macam gaya masa karok.. Kerusi pun empuk haha. Tapi asyik penuh je. Yang member sorang nih da gian, nak lepaskan tension la kan dengan melalak sekuat-kuat hati. Masuk sajalah karoke jamban tu. Pergh! Aku tengok dia nyanyi, kus semangat aku. Tak sangka dia yang nyanyi haha.

Sebelum meninggalkan karoke jamban tersebut, sempat jugak la aku dengan kawan aku ni berduet nyanyi lagu acik & nana - memori berkasih. Tak sangka ada ramai peminat kat luar tengok. Aiseh! Malu aku. Ini bukan diri aku ni. Orang lain yang nyanyi haha. Nama pon karoke jamban.. Tempat dia tak dek la private mana pun. Memang orang dari luar boleh skodeng apatah lagi boleh mendengar orang lain berkarok.

"Sedap suara..", entah sape-sape je yang tegur tadi mase aku dengan member aku keluar. Bengang je member aku. Kacau orang nak berkarok.

"Terima kasih", tapi aku jawab dalam hati je. Lagi pun bukan cakap kat aku. Member aku karok memang sedap suara dia. Seswai gitu! Haha.



p/s : Aku rasa macam nak makan je mikrofon tu, boleh tak?

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

3 comments:

RaTu SaLju said...

lapar sgt ker kak sampai nk makan mic uh...hahahhaa
kalo nk karok sedap g music box ar...baru sedap....kalo melalak luar xdengar pun... tp mahal ar...sejam RM70... nk g kene kongsi2 wet ar...
aq pernah g skali...hehehee...
owg belanjer...>_^

nadeafu chan said...

hahaha weh!skng kan da ada happy hour
minimum 2 jam..RM3 lbh je haha

nadeafu chan said...

kat music box kat kajang aku ckp nih..
yang ko ckp kat mane?

Post a Comment