25 February 2011

Jam kredit sikit pun tak kene jugak

Dua minggu lepas, entah kenapa line internet kat u aku tiba-tiba slow macam siput yang cengkerang dia macam bentuk kon tu ha. Aku nak buat study pun susah. Semua internet punya pasal. Zaman sekarang ni da maju. Nota-nota, kerja kursus.. Semuanya nak kene guna internet baru boleh dapat. Hebat kan?

Hari tu jugaklah aku hampir-hampir terlupa nak sahkan kemasukan peperiksaan akhir nati. Senang cakap final exam la. Tu yang selalu orang dok sebut bila da hujung sem. Nasib baik aku ada member yang tahu bahawa berukband itu sangat penting di saat-saat kesempitan melanda.

Bila da setel sahkan, aku macam percaya tak percaya je ni. Baru aku perasan.. Sikit je jam kredit yang aku ambik sem ni. Patut aku rasa macam ade tak de je kelas. Setiap hari ada satu kelas. Hari jumaat sabtu dan ahad holiday. Sebagai seorang student, dapat jadual kelas macam tu memang heaven!

Kalau dulu, masa mula-mula nak mengenal hidup kat u ni.. Jadual memang padat. Gie kelas macam budak-budak yang masih sekolah. Keluar bilik pagi, petang baru balik. Sabtu pun ada kelas. Nak aktif kolej lagi. Biasalah, senior-senior mengayat suruh join program kan. Kalau tak aktif kene tendang kolej. Cilabai laut!


Haa tengok.. Tengok.. Exam nati pun ada empat paper je. Aku ingat lagi masa mula-mula dulu.. Paling koman pun exam kena amik 10 atau 11 paper. 

Bila orang tanya. "Kau amik bape paper sem ni? Da exam bape paper da?"

"Aku amik 11 paper beb! Ada lagi 3 paper!", bangga betul aku menjawab.

"Mak aih! Banyak giler.. Aku baru nak start exam. 1st paper ni". Lepas tu mula lah sebok nak tanye aku nih amik kos ape. Hampeh!

Da nak hujung-hujung belaja ni.. Aku paling tak suka subjek seperti yang tertera kat gambar bawah ni.


Sekarang hidup aku huru-hara disebabkan subjek ni.

Nak menangis aku. Sekian!

p/s :
Tak boleh ke nak grad tapi tak payah buat tesis? =.=

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

5 comments:

zaty kecik said...

terbaeklaah entry ni!

sokong % thp infiniti lah!

nadeafu chan said...

@ zaty : wahhh!giler la..smpi tahap infiniti tuh..toce3 :)

~sAifAd~ said...

mmg terbaek pn!sbb ni yg watkan kite sume tension ahaha lg2 subjek 6 jam kdt tu.urghhhhh!stresssssss sgt2 la kan.ya ALlah..semoga segala kerja kami utk projek tahun akhir ni berjaya dgn cemerlangnye.semoga kami sume kuat~huhu..adik,kuatkan semangat eh!gudluck utk tesis awak~

nadeafu chan said...

@ saifad : terima kasih kak ude..kak ude pon sama :)

~sAifAd~ said...

same2 kaseh..~huhu

Post a Comment