09 February 2011

Cinta, sambal belacan dan goreng pisang

Aih~ Gi kelas pagi tadi dalam keadaan perut yang berkriuk-kriuk. Ini bukan kriuk-kriuk yang Mee Sedap tu. Perut bunyik-bunyik masa dalam kelas. Memang tak boleh blah. Padahal da sarapan kot. Siap minum susu cawan besar lagi tuh. Huh! Terpaksa la lunch awal. Campur sekali dengan bekfes lagi sekali.. Jadikla brunch! Haha.

Sambil-sambil lunch diselang-selikan la sikit dengan menonton citer Lady Boss kat astro ni. Filem melayu arahan Razak Mohaideen ni yang dibintangi oleh Apek, Yusri, Erra dengan Ning. Memang betul la kan.. Filem-filem melayu ni untuk hiburan semata-mata. Tak banyak filem yang ada moral value bak kata Mat Saleh.. Asyik Mat Saleh je.. Mat lain tak dek ke? Tapi ada satu part dalam filem ni membuatkan aku tertanya-tanya. Apa kaitan antara cinta, sambal belacan dengan goreng pisang?



cinta itu boleh diumpamakan bagai
makan sambal belacan
walaupun pedas hingga mengalir air mata
masih mahu dimakan juga

cinta jangan buat macam goreng pisang
sungguh enak bila makan panas-panas
bila ia sejuk jadik kurang enak
ho ho ho.. hilang sedapnya

**********

Hebat sambal belacan ni. Sedap pun ye jugak. Sampai boleh diumpamakan dengan cinta. Kepada mereka yang bercinta, nak tanya banyak ni.. Ada macam sambal belacan tak percintaan korang? Haha. Bagi aku la kan.. Terutamanya yang jenis-jenis first love ni.. Memang boleh disamakan dengan sambal belacan kot. Kata orang, first love nih kan susah sikit. Walaupun air mata da berjurai-jurai.. Air mata da kering.. Air mata darah sekali pun.. Tetap nak pertahankan cinta pertama kan? Ye tak? Huhu. Tak pe la.. Lama-lama nanti mesti boleh terima keadaan yang da tak dek jodoh =.=

Amacam? terliur tak ang pa?

Goreng pisang pun tak kurang sedapnya. Memang sedap kalau makan panas-panas. Lagi-lagi bila cicah dengan sambil kicap. Pergh! Heaven~ Tapi aku sakit hati la dengan orang yang meniaga goreng pisang lagi-lagi yang pk nak untung je. Da la kecik, mahal pulak. Adoi~ Haha. Kreatif kan orang kita ni. Macam-macam perumpamaan dorang boleh cipta. Apakah maksud lain yang tersirat kat sini? Ada macam habis manis sepah dibuang tak? Yela.. Masa tengah hot semua orang nak berebut-rebut. Phewit sana.. Phewit sini.. Bila da hilang dara.. Da sejuk.. Bye-bye je la.


Da lepas lunch ni, biasalah. Rasa mengantuk pulak. Nak tido tak nak.. Nak tido tak nak.. Zzzz~

p/s : Sambal belacan yang Mak buat memang sedap! Tak dek sape boleh lawan. Cayalah Mak!

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment