06 February 2011

Cinta itu Subjektif

Apa itu cinta? Apa maksud sebenar cinta? Apa erti sebenar cinta? Sama je soalan yang aku tanya ni. Cuma penggunaan kosa kata sahaja yang berbeza hehe. Entri kali ni aku nak berkongsi cerita hasil dari pembacaan sebuah buku yang aku da baca. Tapi tak ingat apa buku dia. Hehe.

Bagi orang-orang yang sangat positif dengan perkataan cinta tu, mereka mesti akan bagi jawapan seperti, cinta itu membahagiakan, cinta itu menggembirakan, cinta itu suci, cinta itu murni, cinta itu.. Cinta ini dan cinta itu bla bla bla. Jawapan yang pelbagai. Padahal maksud dia lebih kurang sama je. Tapi tu la kenyataannya kan?


cintailah Illahi

Bagi mereka yang berfikiran negatif pasal cinta mereka pasti akan menjawab, cinta itu buta. Memang la cinta itu buta sebab dia tak dek mata kan? Lagi apa.. Cinta untuk ditangisi, I hate love story dan lain-lain lagi la.. Aku tak banyak jawapan negatif yang boleh dibagi. Harap maklum!

sape sayang awak?diri sendiri la kan?

**********

Teringat aku pada satu kisah yang pernah aku baca. Tapi aku tak ingat la baca kat mana. Memang aku ni tak boleh dijadikan tempat rujukan. Haha. Kisah ni berlaku pada zaman dahulu kala zaman Maharaja China.

Si Maharaja bertanyakan kepada Si Pelukis istana, "Benda apakah yang paling senang untuk dilukis?"

Jawab Si Pelukis dengan confident nya, "Hantu"

Si Maharaja bertanya lagi, "Benda apakah yang paling susah untuk dilukis?"

Jawab Si Pelukis lagi dengan muka selamba pulak, "Kuda, anjing, lembu dan sebagainya Tuanku"

Si Maharaja dengan air muka yang tak puas hati.. Memang sangat ketara bertanya lagi, "Mengapa???" Tu dia.. Ada 3 tanda seru.. Makna dia apa?

Maka Si Pelukis pun memberikan jawapannya. "Melukis hantu amat mudah Tuanku. Ini kerana tiada siapa pernah melihatnya. Kita boleh melukis gambar hantu dengan sesuka hati kita mengikut citarasa dan idea kita. Takkan ada orang lain yang boleh menyalahkan kita"

Belum habis lagi explanation dari pelukis ni.. Ada lagi. Lepas tu dia sambung lagi, "Melukis kuda, anjing lembu dan sebagainya adalah paling susah kerana hampir semua orang pernah melihatnya. Kita tidak boleh tersalah lukis. Ini kerana semua orang dapat mengesannya. Kita tidak boleh membuat silap sedikit pun tanpa dikesan oleh orang lain"

"Oh! Iye tak ye jugak eh", Si Maharaja terangguk-angguk sambil mengurut janggut beliau.

**********

Apa yang aku nak bagitahu kat sini ialah, cinta itu subjektif! Kenapa? Betul la kan? Bila cakap pasal cinta, macam-macam jawapan yang boleh diberi bergantung pada pandangan masing-masing. Cuba korang tanya sepuluh orang kat luar sana, apa maksud cinta? Mesti korang dapat sepuluh jawapan yang berbeza. Betul tak?

Cinta adalah subjek yang sangat sukar. Hampir semua orang telah merasa cinta. Tanyalah sape je pasal cinta.. Kalau kita tersalah mengungkapnya, pasti ada orang yang dapat mengesannya.

Sekian!

p/s : untuk bahagia, cintailah sesiapa saja yang mencintai kita, bukan sesiapa yang kita cintai :)

Thanks for the picture at here and here also

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

4 comments:

~sAifAd~ said...

yurp!cinta itu subjektif.x boleh diukur lgpn.n cinta blh ditakrifkan dgn pelbagai makna..bergantung kpd si pemilik cinta.tp sbnrnya,cinta adalah suatu perasaan yg sukar diungkap.org yg merasa cinta tu sahaja yg tau bagaimana itu cinta..tp sblm nak cinta org lain,CINTAILAH diri kita dlu..kan? ;)

nadeafu chan said...

cinta itu anugerah dari Dia..sebab tu yang indah2 saje berkaitan dgn cinta ni :)

Hermi said...

cinta, kasih dan syg adalah pemberian dr Allah kpd manusia..manusia dijadi utk berkasih syg..sepatutnya tiada benci sesama manusia..benci sama dgn putusnya silaturrahim..rahim kan zatNya yg penyayang..gunakan pd tempatnya..Wallahualam.

nadeafu chan said...

@Helmi : terima kasih komen..cinta sesama manusia apabila disandarkan kepada Allah..Insyaallah..kebahagian kekal :)

Post a Comment