18 February 2011

Awas! Jangan main-main

Macam-macam cerita aku boleh baca dekat Sahabat Blogger aka SB. Ada cerita suka, ada cerita duka dan setelah ditambah tolak darab bahagi dapatlah suka duka. Aktif betul member-member SB kat group tu. Sangat rajin menge'post' link-link blog dorang. Ada plak yang offer nak bace blog.. Silalah post link hehe. Aku? Aku follow senyap-senyap da la.

Teringat aku pada satu kisah yang aku pernah baca hasil karya oleh Incik Tuah. Korang kenal tak sape Incik Tuah ni? Motivator yang femes jugak la setanding dengan Incik Fadzilah Kamsah. Ini cerita pasal pemilik blog yang dilaknat.



Selain mi segera, terdapat lagi perkataan lain yang bergabung dengan segera. Contoh seperti kopi segera, susu segera, milo segera.. Semuanya lah nak segera. Anak segera pun ada jugak. Tapi ini cerita berkaitan pasal wartawan segera. Wartawan segera pun banyak jenis jugak. Bukan makanan segera je.

Bila ada cerita hot and spicy dan terbaru, mulalah si pemilik blog jadik wartawan segera. Orang tebar roti canai kau orang tebar fitnah banyak-banyak dalam blog. Buatlah dosa banyak-banyak dalam blog. Bukan satu mesia je bace, satu dunia pun baca. Berjuta-juta lemon manusia pun baca. Last-last semua citer tak betul.


Mat saleh buat duit dengan internet, kongsi ilmu, sebar ilmu. Tak ramai orang kita yang macam tu. Kau orang buat dosa banyak-banyak. Orang lain buat duit berjuta-juta pakai internet. Kau orang buat dosa berjuta-juta plak aih!

make money online

Sabda Rasulullah s.a.w. :

"Sesungguhnya, apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit, lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian, laknat itu akan turun ke bumi, lalu pintu bumi ditutup dari dimasuki. 

Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan, lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu, laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat sekiranya orang itu memang layak dilaknat, maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat, amak laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula."
[Abu Daud]

p/s : 
Yang diperlukan pada seseorang manusia adalah hatinya.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

4 comments:

~sAifAd~ said...

ni sbnrnye penipuan dr internet ke?gitu eh?

nadeafu chan said...

@ saifad : ehhe bukan..orang yang buat2 cerita pasal sape2 je kat blog :)

~sAifAd~ said...

ouhh..kire mcm open sgt la kan.x pandai nak tapis menapis haha

nadeafu chan said...

@ saifad : ehhe nih bukan masalah tapis ke tak..nih sebarkan cerita yg xbetul huhu

Post a Comment