19 February 2011

Aku nak senapang, nak buat...

Tak silap aku la kan.. Rasanya pihak universiti (nama u dirahsiakan haha) sudah ambik tindakan. Tapi kenapa masih banyak lagi anjeng-anjeng berpeleseran di sana sini? Macam tak dek tempat lain je nak menginap. Cube la melepak di asrama lelaki ke.. Kat bawah kain pokok ke.. Ni tak.. Nak melepak kat tempat cik awek duduk menginap plak.

apa tengok-tengok? ada hutang?

Kau saje je kan lepak kat kaki lima blok sampai pagi. Demand jugak anjeng-anjeng ni. Merasa la jugak kau tengok kitorang gie kelas pagi-pagi. Maklum lah pagi-pagi.. Cik awek-cik awek sudah keluar mahu ke kelas. Memakai wangi-wangian yang harum semerbak. Sedap je kau orang ambik bau =.=

Mahu gila aku dibuatnya kalo sepanjang sem ni tido tak lena disebabkan si anjeng-anjeng ni wat parti liar. Telinga aku ni sensitif tau! Aku boleh dengar apa yang orang lain bualkan sedangkan mata aku da lama pejam. Apatah lagi nak terjaga waktu satu pertiga malam. Lagi-lagi pukul 3 pagi.


Memang la orang cakap waktu tu sesuai untuk sembahyang tahajud. Tapi aku tetap tak berani jugak nak bukak mata.

Cukup-cukup la siang-siang dengan sang monyet berparti buat aksi lagak macam ada show besar. Bagi tengok free pon show korang tu.. Aku tak nak tengok jugak. Malam-malam pulak dengan anjeng-anjeng berkarok. Macam-macam ringtone boleh dengar. Ada yang mendayu-mendayu. Ada yang bunyi nye keras. Macam-macam hal la!


Aku nak senapang.. Nak buat tembak anjeng-anjeng ni.. Boleh? Kite bakor je la!

p/s :
Sudah tercatat dalam sejarah Ashabul Kahfi, anjing tersenarai sebagai binatang yang akan masuk syurga.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

11 comments:

zaty kecik said...

nama u dirahsiakan?wahaha.

*aku pnh bace comment cik **** onn 2..haha*

nadeafu chan said...

@ zaty : bahaya ouh!haha semalam status dia kene kejar anjing lagi huhu

Awie Omar said...

hai, dari sahabat blogger... jemput arr follow my blog k :)

ziyra said...

best giler ah cite tu..hehe
nice to know u

nadeafu chan said...

@ awie : thx for invite me :)

@ ziyra : thx.nice to meet u :)

♥yaya budak suka embun♥ said...

U mana nih?? hehehehehehe

nadeafu chan said...

@ yaya : rahsia hehe XD

~sAifAd~ said...

name u dirahsiakan ye ahaha tp sy tau!hehe hanjeng2 makin menggila sejak 2 menjak ni.haish...nak ke kelas pn x sedap hati.nak gi kafe pn same.takot2 kalo tetibe je kene kejo.dah la besau giler~

nadeafu chan said...

@ saifad : syhh! diam2 je..anjing nih simple je..kalau kita tak kacau dia..dia tak kaco kite haha

~sAifAd~ said...

ehh..tak jugak.even x kaco pun ade je budak yg kene kejar.pe kes?huhuh

nadeafu chan said...

@ saifad : sebab dia terlebih hormon adrenalin kot..anjing tu boleh detect haha

Post a Comment